Categories: news

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.036 yang akan dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Ogos ini.

Ini sekali gus menjawab teka-teki sebelum ini yang mengaitkan beberapa nama besar termasuk Pengerusi Muafakat (MN), Tan Sri Annuar Musa yang disebut akan bertanding di kerusi itu.

Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Hussain Awang pada majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu, di sini pada Khamis.

“Selain itu kita juga ingin mengumumkan Zuraida Md Noor akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N015, Ladang,” katanya di sini, pada Khamis.

Kali terakhir Pas meletakkan calon wanita adalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di DUN Kuala Besut.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula akan kekal bertanding di DUN Rendang.

Dalam pada itu, ketika mengumumkan Hussain memberitahu, 50 peratus calon yang ditampilkan PN adalah daripada kalangan ulama.

“Kami (PN) menampilkan calon-calon yang mempunyai kewibawaan luar biasa berbanding sebelum ini iaitu calon-calon yang terdiri daripada kombinasi ulama, iaitu dari kalangan mereka yang berkelulusan agama, profesional, usahawan dan lain-lain.

“Bilangan calon ulama atau ahli yang mendapat pendidikan Islam adalah 50 peratus, iaitu 16 orang; profesional dan usahawan (13 orang) atau 39.5 peratus dan lain-lain tiga orang, iaitu 9.3 peratus,” katanya lagi.

Beliau turut yakin kombinasi itu dilihat dapat menterjemahkan dasar dan hal tuju PAS serta kerajaan untuk memimpin negeri itu untuk lima penggal yang akan datang.

Berikut senarai calon PN bagi kerusi DUN Terengganu pada PRN ini:

N1 Kuala Besut – Azbi Salleh (PAS)

N2 Kota Putera – Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (PAS)

N3 Jertih – Dr Riduan Mohamad Nor (PAS)

N4 Hulu Besut – Datuk Mohd Husaimi Hussin (Bersatu)

N5 Jabi – Dr Azman Ibrahim (PAS)

N06 Permaisuri – Mohd Yusop Majid (Bersatu)

N07 Langkap – Azmi Maarof (PAS)

N08 Batu Rakit – Mohd Shafizi Ismail (PAS)

N09 Tepuh – Hishamuddin Abdul Karim (PAS)

N10 Buluh Gading – Ridzuan Hashim (PAS)

N11 Seberang Takir – Khazan Che Mat (Bersatu)

N12 Bukit Tunggal – Zaharudin Zaid (PAS)

N13 Wakaf Mempelam – Wan Sukairi Wan Abdullah (PAS)

N14 Bandar – Ahmad Shah Muhamed (PAS)

N15 Ladang – Zuraida Md Noor (PAS)

N16 Batu Buruk – Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS)

N17 Alor Limbat – Ariffin Deraman (PAS)

N18 Bukit Payung – Mohd Nor Hamzah (PAS)

N19 Ru Redang – Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS)

N20 Pengkalan Berangan – Sulaiman Sulong (PAS)

N21 Telemung – Mohd Zawawi Ismail (Bersatu)

N22 Manir – Mohd Hilmi Harun (PAS)

N23 Kuala Berang – Dr Mamad Putih (PAS)

N24 Ajil – Maliaman Kassim (PAS)

N25 Bukit Besi – Ghazali Sulaiman (PAS)

N26 Rantau Abang – Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli (PAS)

N27 Sura – Dr Tengku Mohd Fakhruddin (Pas)

N28 Paka – Datuk Satiful Bahari Mamat (PAS)

N29 Kemasik – Ir Saiful Azmi Suhaili (PAS)

N30 Kijal – Datuk Razali Idris (Bersatu)

N31 Chukai – Hanafiah Mat (PAS)

N32 Air Putih – Mohd Hafiz Adam (PAS)

journal

Recent Posts

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago

Tiga ADUN PKR di gugurkan

SEREMBAN: Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri…

1 year ago