Categories: news

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51 peratus muka baharu dicalonkan Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya itu pada 12 Ogos depan.

Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kesemua calon yang disenaraikan itu merupakan pelapis dalam parti untuk bergerak pada masa depan.

“Pemilihan kesemua muka baharu itu merupakan proses peralihan parti untuk terus ke depan. Sepatutnya lebih ramai yang kita tukar tetapi orang baharu tiada pengalaman.

“Kami sebagai orang lama akan membimbing calon ini sebagai pelapis,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan calon PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di sini pada Khamis.

Jelas beliau, daripada jumlah itu juga, terdapat lima calon muka baharu yang terdiri daripada pengamal undang-undang.

“Kesemua mereka juga merupakan orang muda yang diletakkan dalam kategori profesional,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Amar memberitahu, pemilihan kesemua mereka bukan berdasarkan kerjaya berkenaan tetapi penglibatan dalam parti dan diterima di peringkat DUN.

“Kita tiada kuota khusus berkaitan kerjaya calon. Secara kebetulan, kesemua mereka mempunyai latar belakang dalam bidang undang-undang,” katanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kesemua 45 calon melibatkan 39 calon daripada Pas manakala enam lagi daripada Bersatu.

Lima calon muka baharu dalam bidang undang-undang ialah Nik Asma’ Baharum Nik Abdullah (DUN Chempaka), Zameri Mat Nawang (DUN Jelawat), Zubir Abu Bakar (DUN Mengkebang), Ahmad Zakhran Mat Noor (DUN Kemuning) dan Wan Rohimi Wan Daud (DUN Melor).

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago

Tiga ADUN PKR di gugurkan

SEREMBAN: Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri…

1 year ago