Categories: news

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi WhatsApp ringkas kepada Bernama hari ini, susulan pemergian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, pada Ahad malam.

Terdahulu, jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dibawa ke Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadut di Serkat, Tanjung Piai, dekat sini untuk disembahyangkan dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, pada pukul 12.05 tengah hari, hari ini.

Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu, memenangi kedua-dua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mempertahankanya pada PRU15.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi, yang mana Barisan Nasional memenangi 40 kerusi pada PRN lepas, diikuti Pakatan Harapan mempunyai 11 kerusi, tiga lagi merupakan Perikatan Nasional makala PKR dan MUDA satu kerusi masing-masing.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago

Tiga ADUN PKR di gugurkan

SEREMBAN: Tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Negeri…

1 year ago