Categories: news

Jangan biarkan Kedah jatuh ke tangan ‘orang gila’ – Sanusi

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berharap rakyat di negeri ini tidak membiarkan pentadbiran kerajaan negeri jatuh ke tangan ‘orang gila’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.

Menurut beliau, kerajaan pimpinannya telah mengatur pelbagai perancangan termasuk projek-projek berimpak tinggi kepada rakyat Kedah dengan matlamat negeri itu menjadi tempat untuk ‘orang miskin berteduh dan tempat untuk orang kaya menabur bakti’.

“Kalaulah negeri ini terlepas kepada tangan-tangan ‘orang gila’, orang yang macam beruk atas pokok cermai itu, yang tak tahu (menguruskan) apa-apa… (sudah) lapan bulan (mereka menjadi kerajaan), kita tidak nampak apa- apa lagi.

“Sekarang ini telah dipopularkan satu istilah iaitu kakistokrasi iaitu sebuah kerajaan (yang dipimpin) oleh orang-orang yang lemah dan tidak berkemampuan untuk mentadbir. Ini kerajaan (yang dipimpin) oleh kakitokrasi termasuk ‘kepala’ dia itu pun juga.

“Pasal dia pandai bercakap tapi dia tak pandai buat. Allah beri kita tengok dalam sejarah hidup kita seorang pemimpin yang cakap berdegar-degar selama puluhan tahun hendak jadi Perdana Menteri, nak jadi Perdana Menteri… sebab nak turunkan harga minyak, (akhirnya) dia tidak mampu buat apa-apapun.

“Selama ini lebih 20 tahun, dia tipu kita tuan-tuan, dia pun tak pernah minta maaf kat kita atas penipuan yang dibuat begitu lama,” dakwanya.

Sanusi berkata demikian di hadapan penyokongnya sebaik sahaja tiba di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon, Anak Bukit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menyatakan bahawa rakyat Kedah juga tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik yang ditujukan kepadanya dan juga gabungan parti berkenaan.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Beliau kemudian pulang ke Alor Setar dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) kira-kira jam 4.25 petang tadi.

Ketibaan beliau disambut lebih 1,000 penyokongnya yang menunggu sejak jam 2 petang di sekitar lapangan terbang berkenaan.

Penyokong yang tiba turut melaungkan ‘takbir’, ‘hidup menteri besar’ dan ‘hidup Sanusi’ sebaik sahaja beliau tiba selain berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago