KULAI: “MCA, MIC tak bertanding pada PRN kali ini, tak ada kena mengenai dengan kita.”
Itu reaksi Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching ketika mengulas ketiadaan calon daripada kedua-dua parti berkenaan bagi berdepan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Malah katanya, isu berhubung pembahagian kerusi pada PRN tidak timbul memandangkan ia dibuat berdasarkan parti yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lalu.
“Perbincangan pembahagian kerusi yang dilakukan adalah antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN), bukannya secara terus membabitkan DAP dengan MCA dan MIC.
“Tambahan pula asas pembahagian adalah kerusi yang dimenangi mana-mana parti akan terus ditandingi parti tersebut. Jadi, tidak timbul isu perebutan kerusi yang ingin ditandingi.
“Apa pun, kita berharap mereka dapat mendukung semangat Kerajaan Perpaduan dengan menyokong mana-mana calon parti yang bertanding,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ultimate MMA Fitness & Self Defence, Indahpura, Kulai, di sini pada Ahad.
Pada lawatan tersebut, Nie Ching turut menyempurnakan penyampaian cek sebanyak RM6,000 kepada Ketua Jurulatih MMA Cawangan Kulai, Mohamad Hisyam Kamarul Zaman.
Sementara itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, beliau tidak melihat bahawa keputusan MCA dan MIC tidak bertanding memberi laluan mudah buat DAP.
KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…
KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…
KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…
PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…
PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…