Categories: news

Jangan pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara – Tun Mahathir

SHAH ALAM: Pengerusi Proklamasi Orang Melayu. Tun Dr Mahathit Mohamad menyeru pengundi di enam negeri yang bakal diadakan pilihan raya agar tidak memilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara.

Dr Mahathir juga mendakwa kerajaan sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi, sosial, dan politik yang sedang dihadapi.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya tahu memberi ucapan tetapi tidak akan dapat melaksanakannya kerana ekonomi negara tidak mengizinkan.

“Kita nak buat ini pasal nak ada pilihan raya, kita nak kan supaya jangan pilih orang yang kita tahu tak dapat perintah negara.

“Tak dapat nak selesaikan masalah ekonomi, masalah politik, masalah sosial, semuanya tak dapat.

“Cuma hari-hari kita dengar perdana menteri buat ucapan, hari-hari.

“Hari ini kita dengar dia nak semak gaji, nak semak lah tapi kalau nak bagi tak boleh sebab tidak ada duit, dia semak lah sampai tahun depan pun,” kata pada sidang media selepas siri jelajah Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini, Ke Hadapan anjuran sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Beliau juga mendakwa kerajaan sedia ada tidak bersedia mendengar pendapat pihaknya yang menurutnya serius memperjuangkan hak orang Melayu.

“Pendapat parti lawan ditolak begitu sahaja sebab itu dalam pilihan raya di peringkat negeri pun rakyat kena tunjuk pilihan mereka.

“Mereka nak kekal dengan kerajaan yang tidak membuat apa-apa atau betul kan banyak masalah terutama masalah orang Melayu di negara kita.

“Cuma yang faham masalah ini dan mempunyai idea macam mana nak mengatasinya, kalau diberi kuasa, baru kita boleh betulkan,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, beliau masih mampu memberi sumbangan kepada negara daripada segi idea dan cara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Beliau juga mendakwa ada pemimpin yang tidak pernah bertanya pendapatnya selepas menggantikan beliau sebagai ketua kerajaan.

“Dulu saya ingat bila Tun Abdullah (Ahmad Basawi) jadi perdana menteri, dia hendak tanya saya. Tapi tidak pernah tanya,

“Najib, bila saya cakap dekat dia tak payah lah bagi duit, dia kata cash is king, tak mahu dengar.

“Anwar pula dia ada ‘Untold Story’,” katanya.

Siri jelajah Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini, Ke Hadapan anjuran sekretariat Proklamasi Orang Melayu akan diadakan di negeri-negeri lain selepas Selangor.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago