Categories: news

Tiga minggu selepas DUN bubar masa sesuai untuk penamaan calon – Chow

GEORGE TOWN: Tempoh tiga minggu selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah masa yang paling sesuai untuk hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dilaksanakan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau berpendapat, tempoh berkenaan dikira memadai dan mencukupi untuk semua pihak menjalankan gerak kerja parti masing-masing.

“Hari Rabu ini (28 Jun) menandakan tarikh penting iaitu pembubaran DUN Pulau Pinang, maka apa yang dispekulasikan (pembubaran DUN) sudah jadi kenyataan dan tidak perlu spekulasi lagi… sekarang adalah spekulasi penamaan calon dan hari pengundian pula (mengundi PRN),” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.

DUN Pulau Pinang dibubarkan semalam dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, beberapa perkara perlu dilakukan selepas pembubaran DUN antaranya menyiapkan manifesto, persiapan lantikan ejen tempat undi, ejen mengira undi dan bahan-bahan untuk publisiti.

“Selepas penamaan calon, kita masuk pula ke peringkat persiapan untuk dapatkan jentera berkempen, mengadakan lawatan bertemu pengundi, pengedaran risalah dan gunakan media sosial untuk sampaikan maklumat kepada pengundi… semua gerak kerja ini dilakukan sehingga ke kemuncaknya hari mengundi.

“Kita juga menyusun semua kerja-kerja ini kerana ia ada prosesnya tersendiri iaitu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan seterusnya kerja-kerja lain (menyusul),” katanya.

Persidangan DUN Pulau Pinang yang pertama diadakan pada 1 Ogos 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.

Pada PRU14, PH memenangi 37 daripada keseluruhan 40 kerusi termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala Barisan Nasional (BN) memenangi dua kerusi dan Pas (satu).

Sebelum DUN Pulau Pinang dibubarkan, PH memiliki 33 kerusi, BN (dua), Bersatu (empat) dan Pas satu kerusi.

Selain Pulau Pinang, negeri lain yang akan mengadakan PRN ialah Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago