Categories: news

Melaka dijangka bentang Rang Undang-Undang Anti lompat parti pada akhir Julai ini

MELAKA: Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung akhir bulan ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Jelasnya pembentangan itu bagi melarang mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bertukar parti.

“Keputusan ini juga selari dengan Dewan Rakyat di peringkat Parlimen dan ia juga mengikut apa yang telah pun diputuskan pucuk pimpinan sebelum ini.

“Jadi Melaka akan ambil langkah sama kali ini untuk RUU itu dibentangkan dalam sidang DUN akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan lokasi pelaksanaan inisiatif No Right Turn dan trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini hari ini.

Dalam pada itu Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata parti itu juga sedia untuk membantu jentera Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata antara lokasi yang dikenal pasti ialah kawasan DUN dalam Parlimen yang bersempadanan dengan kedua negeri seperti Rembau, Tampin dan Port Dickson.

“Saya masih belum dapat maklumat lengkap berapa kerusi DUN, tetapi setakat ini antara kawasan yang kami kenal pasti untuk bantu jentera yang bersempadan seperti Rembau, Tampin, Gemenceh, Linggi, Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban,” katanya.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago