Categories: news

‘Selamat negara, selamat umat’ – Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara ringkas menzahirkan penghargaan akan pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak dalam memastikan keamanan negara ini.

Katanya, berkat kesabaran, ketenangan semua membolehkan apa yang dikecapi Malaysia ketika ini.

“Selamat semua, tenang semua, sabar semua semangat pengorbanan semua, InsyaAllah. Selamat negara selamat umat,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Masjid Putra, Putrajaya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha pada Khamis.

Terdahulu, Anwar tiba dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira jam 8.19 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Ini merupakan kali pertama Anwar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama warga Putrajaya selepas menjawat jawatan itu pada November lalu.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago