Categories: news

Azmin dakwa PN dahului kerusi di Selangor

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa parti itu sedang mendahului dalam persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, beliau turut mendakwa, ia menjadi punca mengapa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sukar untuk mendedahkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setakat malam ini, laporan daripada pihak polis dikemukakan ke Putrajaya, PN telah mendahului dari jumlah kerusi di negeri Selangor.

“Sebab itu itu Amirudin susah nak umum tarikh pembubaran, satu hari Itu penting untuk dia, talian hayat tapi sudah pun diumumkan, jadi kerja kuat, catatkan satu lagi kejayaan.

“Insya-Allah, Selangor menjadi milik PN,” katanya ketika muncul dalam Ceramah Selangor Baharu Perikatan Nasional Gempur Kuala Langat, pada Isnin.

Azmin juga membidas kenyataan Amirudin kononnya tindakan beliau mengumumkan pembubaran DUN Selangor akan berlaku pada 19 Jun, sebagai bertentangan dengan adab.

“Ramai tanya kenapa istana yang umum bubar… sebab yang ada di pejabat tingkat 21 itu lembap. Tak ada keyakinan. Orang lain sudah umum, dia tak umum lagi.

“Kamu (Amirudin) tak nak umum, biar saya umum. Tetapi kemudian dia kata tak hormat adab, tak tahu proses. Saya menteri besar dulu, saya tahulah.

“Saya sekadar nak letak tekanan. Kamu (Amirudin) nak lari ke mana? 25 Jun ini talian hayat habis, kamu tak boleh tangguh lagi jadi umumkanlah,” katanya lagi.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, Jumaat ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Istiadat Pembubaran DUN Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago