Categories: news

PRN: PN dah buat persiapan awal, yakin sokongan padu anak muda – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan rundingan kerusi gabungan parti itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan dimuktamadkan 22 Jun ini.

Jelasnya, rundingan itu hanya tinggal beberapa perkara sebelum dimuktamadkan dan pemilihan calon dibuat parti-parti dalam PN.

“Kita dah hampir selesai rundingan enam negeri, ini kita akan muktamadkan dalam mesyuarat pada 22 Jun 2023… semua yang dirunding akan diselesaikan.

“Selepas itu parti boleh buat persiapan lengkap termasuk untuk menyenaraikan nama-nama calon bagi kerusi di bawah parti masing-masing,” jelasnya.

Tambah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi, beliau yakin PN boleh meraih kemenangan di enam negeri pada PRN akan datang.

“Hari ini saya melihat satu gelombang anak muda selain gelombang rakyat untuk beri sokongan padu. Saya agak begitu yakin dengan situasi yang kita dah bermula hari ini, harapan adalah amat cerah sekali.

“Kita dah mula pun pelancaran jentera di hampir semua negeri, kedua himpunan mega negeri dan pusat.

“Semua enam negeri sudah mulakan awal membawa mesej apa kita perjuangankan, beri penerangan situasi semasa berhubung soal kegagalan kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pencapaian telah kita capai di negeri bawah PN,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pemuda PN di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago