Categories: news

Perpecahan undi Melayu semakin ketara – Khairy

Perpecahan undi dalam kalangan orang Melayu semakin ketara dalam arena politik tanah air masa kini.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, jika dulu undi orang Melayu mungkin boleh dibahagikan kepada 70 peratus untuk UMNO dan 30 peratus untuk Pas.

Namun, katanya, situasi sekarang sudah jauh berubah.

“Nak kata daripada dulu orang Melayu bulat-bulat beri undi kepada UMNO atau satu parti adalah tidak benar.

“Tapi apa yang membimbangkan sekarang, untuk orang Melayu, mungkin perpecahan itu lebih ketara.

“Tapi sekarang begitu dahsyat. 50 peratus untuk PN (Perikatan Nasional), 30 peratus kepada UMNO dan lebih 10 peratus kepada PH (Pakatan Harapan) berdasarkan undi pada pilihan raya lepas.

“Itu menimbulkan tanda tanya, pertama, perpecahan itu lebih ketara. Kedua, dalam keadaan di mana undi orang Cina hampir 100 peratus pergi kepada satu parti,” katanya.

Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.

“Saya bukan nak timbulkan teori konspirasi, sebahagian besar pengundi Cina beri undi kepada DAP. Saya tak terpengaruh dengan itu.

“Tapi secara kebetulan kelemahan MCA dan parti Cina yang lain, buatkan pengundi Cina tiada pilihan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan podcast “Keluar Sekejap” yang disiarkan secara dalam talian pada Selasa.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago