Categories: news

Kecewa Pas samakan kerajaan negeri dengan zionis – Steven

SHAH ALAM: Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong mendakwa kenyataan Pas menyamakan kerajaan Pulau Pinang dengan penindasan rejim Zionis di Palestin adalah mengecewakan dan boleh mewujudkan persepsi buruk kepada masyarakat.

Beliau berkata, kenyataan tersebut bukan saja telah menghina perjuangan pembebasan Palestin malah cuba mencetus ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Jelas, Pas berniat jahat dalam hal ini. Penggunaan data yang meragukan untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan Pulau Pinang sangat mengecewakan.

“Ia dilakukan ketika kerajaan Pulau Pinang terus berusaha untuk memastikan pembangunan negeri yang lebih adil agar tiada golongan yang tercicir,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu, demi kepentingan politik sempit, Pas seakan-akan tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah agar tidak memainkan polemik agama dan sentimen perkauman.

“Persoalannya, adakah orang Melayu, Cina, India di Malaysia bermusuhan antara satu sama lain sebagaimana permusuhan Zionis dan Palestin? Ternyata jauh sekali, tidak.

“Justeru, saya menyeru rakyat Pulau Pinang serta rakyat Malaysia pelbagai kaum yang cintakan keharmonian untuk menolak fitnah dan pemikiran ekstrim sebegini,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Pas telah membangkitkan isu berhubung Israel menguasai tanah Palestin dari 1.5 peratus pada 1918 sehingga rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.

Parti itu mendakwa kajian pada 2010 mendapati pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 27 peratus.

Pas turut mendakwa Pulau Pinang membuat ‘rampasan bersistem’ dalam mengambil alih pemilikan dan menguasai kawasan yang asalnya majoriti Melayu-Islam.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago