Categories: news

PRN: DAP mesti ditumbangkan di Pulau Pinang!

DAP mesti ditumbangkan menerusi perubahan yang dilakukan pada PRN nanti sebelum keadaan kehidupan rakyat menjadi lebih parah di Pulau Pinang; di mana parti itu boleh ditewaskan kerana ia tidak kebal.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru demikian pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang merangkap Pelancaran Jentera PN yang berlangsung di Kubang Semang, di sini malam tadi.

“Saya nampak betul-betul, orang Pulau Pinang ni bukan fanatik sangat DAP. Orang Pulau Pinang undi DAP sebab tak nampak alternatif lain. Hari ni kita tawarkan kepada rakyat negeri Pulau Pinang, rakyat Pulau Mutiara ini.

“Sebuah pentadbiran baru di bawah PERIKATAN NASIONAL (PN) yang akan membangunkan Pulau Pinang ini boleh didiami oleh semua orang. Tiap-tiap rakyat dan kaum di Pulau Pinang bebas hidup di negeri ini.

“Orang yang berniaga bebas berniaga. Orang Buddha bebas tinggal dalam agama Buddha, orang Kristian bebas duduk dalam agama Kristian. Orang Islam bebas untuk mengamalkan agama Islam,” ujarnya memberi jaminan.

Beliau mengajak kaum bukan-Melayu di Pulau Pinang berfikir dengan tenang, tanpa sentimen, pengaruh, pembohongan dan kepentingan diri jika mahu hidup bersama dengan kaum-kaum lain masyarakat Malaysia.

Menurut beliau, DAP menakut-nakutkan orang Cina dan India kepada PAS dan PN di mana veteran parti itu, Lim Kit Siang menggunakan istilah ‘Gelombang Hijau’ yang dikaitkan dengan PAS untuk menimbulkan Islamofobia.

Katanya, DAP meniupkan Islamofobia untuk menyebabkan ketakutan, kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan orang Cina dan India kepada agama Islam, kerana apabila orang kenal Islam, mereka akan rapat dengan PAS.

Sebab ujarnya, ramai orang tahu bahawa paling lama memerintah dunia adalah Tamadun Islam antaranya di Andalusia Sepanyol lebih 800 tahun berkembang termasuk dalam sains dan teknologi serta membawa kemajuan kepada Eropah sehingga kini.

“Hat tu (kehidupan dan kejayaan seperti itu) yang kita (PAS) nak bawa. Jadi nak takut apa dengan PAS? Pi tengok di Kedah mana ada satu orang Cina kita suruh potong (khatan)?

“Kita tak ada paksa siapa pun masuk Islam di Kelantan, di Terengganu, di Kedah tak ada. DAP cakap kat orang Cina, dia cakap lagu lain. PAS dak, depan Cina ke, depan India ke, depan Melayu, kita cakap sama je.

“Kita tidak akan memaksa mereka memeluk Islam. Kita tidak akan rampas harta dia. Dia duk meniaga tu meniaga lah. Nak meniaga, meniaga dengan jujur, betul tak? Kalau orang Melayu tak suka ditipu orang, orang Cina pun tak suka ditipu.

“La ni masalah dia, dia tak tahu kata DAP tipu dia. Jadi kita kena habaq (beritahu) dekat orang Pulau Pinang, uncle you duduk sini duduk macam itu juga. Cuma pilihan raya akan datang undi PN pun you duduk macam ini juga. You tak akan hilang apa-apa,” katanya.

PERIKATAN NASIONAL ujar Sanusi, akan dijadikan Pulau Pinang negeri orang miskin dan orang kaya boleh sama-sama duduk, malah kemakmuran pengagihan kekayaan negeri yang saksama.

“Kekayaan negeri ini, dia akan menimbulkan kemakmuran untuk semua kaum, kebimbangan akan hilang. Bila satu pihak susah, pihak satu lagi kaya, dia akan ada rasa cemburu. Akan ada rasa iri hati. Betul dak ni?

“Pasaipa depa (kenapa mereka) itu ya boleh, aku tak boleh? Kita terpaksa berlari, berlari, berlari. Tapi sebenarnya kalau pentadbiran ni betul, pengagihan ni saksama, tak kerana pilih kasih, (maka) semua orang boleh hidup dengan aman,” hujahnya.

Tambah beliau lagi, PERIKATAN NASIONAL menawarkan kerajaan bersih dan stabil sebagaimana beliau yang juga Menteri Besar Kedah menggagaskan Kedah sebagai negeri tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti.

Oleh itu katanya, beliau mahu melihat perkara sama di Pulau Pinang di mana pembangunan yang pesat boleh dirasai dan dikongsi melalui pembangunan yang lebih murah dan boleh dibeli oleh rakyat Pulau Pinang.

“Saya takut kita nampak bangunan makin tinggi hidup makin moden, tetapi yang menikmati semua nikmat itu bukan orang Pulau Pinang, tapi orang Hong Kong. Harga (rumah mahal) macam itu bagi depa, depa mampu.

“Kita tak boleh dah. Tak ada dah pembangunan rumah murah di Pulau Pinang. Ada tak zaman DAP ni? Rumah hat mampu kita beli ada ke dak? Tak ada. Mampu tengok saja. (Jadi) Kena ubah sebelum keadaan menjadi lebih parah, DAP mesti ditumbangkan di Pulau Pinang,” serunya.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago