• Mon. Dec 23rd, 2024

PRN referendum suara rakyat terhadap prestasi kerajaan – Hamzah

Byjournal

Jun 5, 2023

SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi bukan sekadar untuk menentukan kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa bahawa PRN itu merupakan referendum suara rakyat terhadap prestasi buruk Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Ahli Parlimen Larut itu, gelombang rakyat kekal kuat bersama Perikatan Nasional (PN).

“Jentera kami juga sudah sepenuhnya bersedia.

“Bermula dengan Sungai Besar, Tanjung Karang dan Sabak Bernam sesi jelajah dialog dan penerangan Perikatan Nasional (PN) akan turun ke segenap pelusuk negeri yang terlibat dengan pilihan raya.

“Insya-ALLAH kami akan buktikan Perikatan Nasional adalah yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *