Categories: news

‘Kerajaan berbagai kaum tak akan tumpu masalah Melayu’ – Tun M

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kepimpinan orang Melayu yang bersikap berbilang kaum tidak akan memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah orang Melayu yang menghadapi kemungkinan hilang kuasa di negara sendiri.

Beliau yang juga Penasihat Sekretariat Proklamasi Orang Melayu berkata, hakikatnya masalah orang Melayu hanya akan dapat ditangani oleh orang Melayu yang bersemangat kemelayuan.

“Kerajaan yang ada sekarang ialah kerajaan berbagai kaum walaupun dipimpin oleh orang Melayu dan ramai anggota terdiri daripada orang Melayu.

“Kepimpinan dan anggota Melayu ini tidak memberi tumpuan kepada masalah orang Melayu kerana itu akan ditakrif sebagai perkauman.

“Sebenarnya berbilang kaum atau ‘multiracial’ bermakna keutamaan kepada kaum yang maju dan berkeupayaan,” dakwanya menerusi satu nota kepada orang Melayu yang bertarikh 10 Mac 2023.

Nota itu dimuat naik Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya di Facebooknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menjelaskan, orang Melayu yang rata-rata miskin dan kurang kemampuan (kurang kecekapan berniaga, kurang modal, tidak berada dalam jaringan, rendah pelajaran dan lain-lain) tidak akan dapat peluang yang diwujudkan.

“Hari ini kerana miskin orang Melayu menjual tanah mereka. Di Pulau Pinang dikatakan jumlah Melayu lebih ramai daripada orang Cina. Tetapi kurang hanya dua peratus tanah di bahagian pulau, Pulau Pinang dimiliki oleh orang Melayu.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago