Categories: news

Papagomo ajak akar umbi UMNO sertai PAS, PN

SEBAHAGIAN ahli akar umbi yang masih bersama Umno diminta meninggalkan parti itu kerana ia telah hilang matlamat dan tujuan penubuhannya.

Bekas Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata Umno ketika ini hanyalah alat politik bagi kepentingan pemimpin parti itu semata-mata.

“Parti politik hanyalah alat untuk mencapai matlamat dan tujuan. Jadi tidak kisah parti politik apa pun yang ada asalkan matlamat dan tujuannya jelas untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Jadi saya seru kepada seluruh ahli Umno terutama akar umbi yang ada untuk meninggalkan parti ini. Hijrahlah kepada parti PAS atau sertai PN.

“Atau anda ambil pendirian seperti saya yang tidak menyertai mana-mana parti tetapi menyokong PAS dan PN sebagai ‘kenderaan’ untuk mencapai matlamat dan tujuan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

dikenali sebagai Papagomo berkata hari ini orang Melayu tidak lagi menyokong Umno kerana parti itu telah mengkhianati amanah yang orang Melayu berikan sejak tahun 1946.

“Akar umbi Umno juga sudah semakin ramai meninggalkan parti setelah Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadai prinsip parti ini kepada DAP,” katanya.

journal

Recent Posts

PRN Terengganu: Samsuri pertahan kerusi, Amzad terus kekal calon pilihan PRK

KUALA TERENGGANU: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikekalkan sebagai calon Pilihan…

1 year ago

PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu

KOTA BHARU: Satu sejarah baharu tercipta dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan apabila lebih 51…

1 year ago

Ciapan tanding kerusi Pulai, Presiden Gerakan dakwa akaun Twitter digodam

KUALA LUMPUR: Presiden parti Gerakan, Datuk Dominic Lau mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu…

1 year ago

Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

PONTIAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi…

1 year ago

BN umum calon terakhir di DUN Tanjung Dawai, lengkapi 108 kerusi ditandingi

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Isnin mengumumkan nama calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan…

1 year ago

‘Calon anak beranak, tak sepatutnya dijadikan isu’ – Bibi Sharliza

PORT DICKSON: Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mengakui sudah…

1 year ago