• Mon. Dec 23rd, 2024

‘Pelik…’ – Pas nafi dakwaan Anwar, pembangkang enggan runding projek kawasan

Byjournal

Jun 20, 2023

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keengganan Ahli Parlimen pembangkang mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan masing-masing yang belum diluluskan.

Ahmad Fadhli menerusi kenyataan di Facebook miliknya berkata, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka bagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai perkara tersebut.

“Saya baca kenyataan PMX seperti yang dilaporkan di media massa. Saya dan kawan-kawan Ahli Parlimen PN ini sentiasa terbuka.

“Jemputlah kami bincang projek apa di kawasan kami. Entahlah bila yang dikatakan kami enggan terima pelawaan kerajaan itu, pelik,” katanya pada Ahad.

Semalam, Anwar mendedahkan ahli Parlimen pembangkang didakwa masih enggan menerima pelawaan kerajaan bagi mengadakan perbincangan mengenai projek di kawasan mereka yang belum diluluskan.

Beliau memberitahu, apa yang dilakukan pembangkang ketika ini hanya memberi kecaman terhadap kerajaan termasuk mendakwa kerajaan zalim kerana tidak memberi kelulusan projek yang dibawa.

Tambah Ahmad Fadhli, lebih pelik lagi bila dikatakan 30 tahun pihak pembangkang tidak bagi peruntukan.
“Memang ajaib kenyataan beliau,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *