• Tue. Dec 24th, 2024

PRN: ‘Pemimpin jangan jadi batu api, pecah belah perpaduan’ – Mufti Pulau Pinang

Byjournal

Jun 15, 2023

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan umat Islam agar tidak bersikap ekstrem dan terlalu taksub dalam berpolitik sehingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.

“Banyak ayat al-Quran dan hadis yang mewajibkan hubungan silaturahim antara adik-beradik dan kaum kerabat serta mengharamkan perbuatan memutuskan hubungan ini kerana ia merupakan dosa besar sehingga ada hadis yang menegaskan bahawa seseorang yang berbuat demikian tidak akan masuk syurga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyarankan agar pemimpin parti politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, supaya menjelaskan perkara itu kepada pengikut masing-masing.

”Janganlah mereka menjadi batu api yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam,” katanya.

Wan Salim berkata semua pihak mesti berusaha untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam, malah antara sesama warga Malaysia pelbagai kaum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *